| 1. |
Membuat tempahan dan bayaran secara
online sahaja dengan pilihan yang diberikan. |
| |
|
| 2. |
Kami berhak untuk meminda sebarang tarikh
asal kepada tarikh yang difikirkan sesuai dan makluman akan disampaikan
kepada peserta dalam tempoh 2 hari (jika
ada pindaan yang tidak dapat dielakkan). Sekiranya tarikh baru yang
dicadangkan oleh pihak kami tidak bersesuaian dengan kehendak peserta,
wang bayaran yang telah kami terima akan dikembalikan kepada peserta. |
| |
|
| 3. |
Sekiranya peserta yang membuat tempahan pada
hari tersebut tidak dapat hadir, dan ingin menukarkan tarikh lain
mestilah menghubungi kami. Jika lambat/tiada maklumbalas yang
diterima dalam tempoh 24 jam sebelum
kursus dijalankan, bayaran akan dikira 'hangus'. |
| |
|
| 4. |
Sekiranya pula peserta ingin menarik diri
terus dari kursus yang dipilih hendaklah juga memaklumkan kepada kami.
Jika lambat/tiada maklumbalas yang diterima dalam tempoh
24 jam sebelum kursus dijalankan, bayaran
akan dikira 'hangus'. Sekiranya ada maklumbalas, kami akan membayar balik
bayaran tersebut sebanyak 75% sahaja dari nilai bayaran sebagai
gantirugi untuk kerja-kerja pentadbiran. |
| |
|
| 5. |
Kami berhak untuk menyiarkan segala aktiviti
yang dilakukan sepanjang kursus dijalankan |
| |
|
| 6. |
Kami berhak untuk meminda dan menambah
syarat dan terma pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dengan keadaan. |