|
Sasaran capai lebihan eksport tani RM1.2b
Dari
Motel ke bangsal cendawan
Belia 4B Pulai
Usahakan Tanaman Cendawan
Gigih
Usaha Cendawan Meskipun tangan lumpuh
Kajian: Kesan sinar gama ke atas cendawan Pleurotus sajor-caju (Fr.) Singer.
Sanjana Sains UKM, 1987
Baka
baru cendawan tiram ditemui

Kesan sinar gama ke atas cendawan Pleurotus sajor-caju
(Fr.) Singer. Sarjana Sains UKM, 1987
Faridah Othman
4 QK617.F37 1987
Abstrak:
Spora Pleurotus sajor-caju (Fr.) Singer disinar
menggunakan sinar gama untuk memperolehi lengkuk percambahan
spora. Sebanyak 400 pemencilan spora tunggal diambil secara
rawak dari setiap perlakuan dos iaitu dari dos yang
memberikan rangsangan percambahan tertinggi (6 krad), dos
yang menyebabkan kematian 50 peratus (29 krad) dan dos 0
krad. Selepas 17 hari, monokarion dibahagikan kepada lima
kelas iaitu kelas primordia maju, primordia, miselium
sedikit. 15 monokarion dari setiap kelas yang dijangkakan
memberi hasil yang tertinggi iaitu kelas primordia maju
serta primordia (digabungkan bersama) dan kelas miselium
banyak dipilih.
Kacukan intrakelas dibuat dan keputusan mendapati kacukan
yang serasi berada dalam julat 0-29 peratus. Enam kacukan
serasi yang terbaik dipilih dari setiap kelas berdasarkan
kepada diameter kadar pertumbuhan dwikarion.
Analisis ciri-ciri penghasilan cendawan seperti
jangkamasa miselium memenuhi substrat, jangkamasa pengeraman,
hari penuaian
terakhir, jumlah hasil, peratus kecekapan biologi, peratus
penekanan biakbaka dalam dan morfologi jasad buah dilakukan.
Dos 29 krad didapati memberikan ciri-ciri penghasilan
cendawan yang lebih baik diikuti masing-masing oleh dos 6
dan 0 krad. Sinar gama dapat mengurangkan masalah penekanan
biakbaka dalam yang dihadapi apabila kacukan intrastok
dibuat. Peratus penekanan biakbaka dalam untuk ciri jumlah
hasil 0 krad kelas primordia dan primordia maju berada dalam
julat -100 - (-44 peratus), 6 krad kelas primordia dan
primordia maju antara -99 - (-58 peratus) dan 29 krad kelad
primordia antara -85 - (-4 peratus). Daripada dos 29 krad,
diperolehi satu kacukan yang memberikan ciri-ciri
penghasilan cendawan yang setanding atau lebih baik daripada
kawalan.
|