MIELA A.com 



"Kepuasan Pelanggan Ke Tahap Maksima, KAMI Janjikan"

  PERKHIDMATAN MIELA -A

Perusahaan Cendawan

Perusahaan Taugeh

 

AKAN DATANG

> Sistem Fetigasi Tanaman
> Input Tanaman 
> Racun Perosak Pertanian
> Pemasaran
> Pembekalan Produk
    Pertanian
> Perkhidmatan Kosaltansi
    Pertanian
> Kursus Asas
    Penanaman Cendawan
> Kursus Pemprosesan Hasil
    Pertanian

 

  

  Sertai 'Mailing List' MIELA-A

 
Masukan Maklumat Anda
 
Nama:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

 

   

 

 

  BERITA 

Sasaran capai lebihan eksport tani RM1.2b
Dari Motel ke bangsal cendawan

Belia 4B Pulai Usahakan Tanaman Cendawan
Gigih Usaha Cendawan Meskipun tangan lumpuh
Kajian: Kesan sinar gama ke atas cendawan Pleurotus sajor-caju (Fr.) Singer. Sanjana Sains UKM, 1987
Baka baru cendawan tiram ditemui

Gigih Usaha Cendawan Meskipun tangan lumpuh

KEENAKAN cendawan segar yang menjadi pembuka selera dalam masakan memberi ilham kepada seorang petani menceburkan diri dalam dunia perniagaan cendawan secara komersial.

Berbekalkan modal kira-kira RM7,000, Anthony Wok Hock Chai, dari Kampung Cina, Sitiawan berjaya mengorak langkah untuk menjadi seorang pengusaha cendawan di kalangan bukan Bumiputera di daerah Manjung.

Dalam usia di awal 30-an, Wok, insan kurang upaya bertekad menjadi seorang usahawan berjaya pada masa depan.

Dengan keadaan tangannya yang lumpuh, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi malah menjadi pendorong kepadanya untuk terus berdikari.

"Saya mahu buktikan saya juga seperti mereka yang lain dan mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang normal," katanya.

Walaupun negara sudah mencapai tahap kemajuan teknologi canggih, Wok masih memilih kaedah tradisional untuk menanam cendawan di ladangnya.

Katanya, jika menggunakan kaedah moden, ia memerlukan modal agak tinggi sedangkan dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

"Jadi biarlah saya bermula dari bawah menggunakan kaedah tradisional dan sekiranya penat lelah saya berhasil, barulah saya boleh beralih kepada teknologi moden," katanya.

Di ladang cendawan, Wok menggunakan habuk kayu yang dimampatkan ke dalam beg plastik untuk menyemai benih cendawan.

Seterusnya, dia memilih tempat mengukus yang diperbuat daripada batu bata serta menggunakan kayu getah sebagai bahan bakar.

Bagi sesetengah pengusaha, mereka menggunakan kaedah moden iaitu cara steril, bagaimanapun bagi Wok, menggunakan bahan semula jadi seperti pokok getah atau kayu lain kerana ia mudah diperolehi.

Menurut Wok, cendawan boleh dituai selepas dua bulan benihnya disemai di dalam habuk kayu.

Di segi pemasaran pula, cendawan miliknya dihantar ke bandar besar termasuk Ipoh dan Kuala Lumpur selain pasaran tempatan sekitar pekan Sitiawan.

Cendawan itu perlu dipasarkan segera kerana sayuran itu tidak boleh bertahan lama dan akan hilang khasiatnya."Cendawan segar rasanya lebih sedap dan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh," katanya.

 

 

 




 

             

Copyright © 2006-2007 Miela-A.com