MIELA A.com 



"Kepuasan Pelanggan Ke Tahap Maksima, KAMI Janjikan"

  PERKHIDMATAN MIELA -A

Perusahaan Cendawan

Perusahaan Taugeh

 

AKAN DATANG

> Sistem Fetigasi Tanaman
> Input Tanaman 
> Racun Perosak Pertanian
> Pemasaran
> Pembekalan Produk
    Pertanian
> Perkhidmatan Kosaltansi
    Pertanian
> Kursus Asas
    Penanaman Cendawan
> Kursus Pemprosesan Hasil
    Pertanian

 

 

  Sertai 'Mailing List' MIELA-A

 
Masukan Maklumat Anda
 
Nama:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

 

   

 

 

  BERITA 

Sasaran capai lebihan eksport tani RM1.2b
Dari Motel ke bangsal cendawan

Belia 4B Pulai Usahakan Tanaman Cendawan
Gigih Usaha Cendawan Meskipun tangan lumpuh
Kajian: Kesan sinar gama ke atas cendawan Pleurotus sajor-caju (Fr.) Singer. Sanjana Sains UKM, 1987
Baka baru cendawan tiram ditemui

 

Belia 4B Pulai Usahakan Tanaman Cendawan

USAHA gigih hampir 9 tahun lalu dengan modal kecil RM3,000 menjadikan Pergerakan Belia 4B Parlimen Pulai sebagai antara pengeluar cendawan komersil.

Projek tanaman cendawan itu yang dimulakan di sebuah bangsal, kini meningkat kepada 20,000 beg tanama di 7 bangsal dalam kawasan 2 hektar di Kempas Baru, dekat sini.

Pengerusinya, Sapawi Johari, 43, berkata pergerakan itu menggunakan segala kemudahan yang diberikan kerajaan dan pengalaman untuk meningkatkan industri itu.

Menurutnya, projek itu mendapat bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Fama, Mardi dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Minat menanam cendawan wujud selepas saya menyertai lawatan sambil belajar ke beberapa negara seperti Indonesia, Thailand, Jerman dan Australia," katanya.

Pada peringkat awal, mereka hanya menanam 2,000 beg plastik cendawan jenis tiram putih dan tiram kelabu yang diletakkan di atas para dengan menggunakan teknik menanam wap.

Sapawi berkata, setiap beg plastik itu diisi dengan habuk kayu dan diletakkan benih cendawan (spora).

Cendawan tiram putih yang diusahakan itu mengambil masa 4 atau 5 minggu untuk mengeluarkan hasil dan tumbuh semula selepas 2 atau 3 hari hasilnya dipetik.

Benih asal itu boleh mengeluarkan hasil hingga 4 atau 5 kali tuaian, manakala cendawan tiram kelabu pula mengambil masa 20 hari untuk mengeluarkan hasil.

Bagi setiap 20,000 beg cendawan yang diusahakan, pengusaha memperolehi hasil 2,000 atau 3,000 kilogram sekali petik, sekali gus mampu mengeluarkan 2 atau 3 tan hasil sebulan.

Kebanyakan cendawan itu dijual di pasar tani Johor Bahru, kedai Desa Raya (Fama) Bandar Baru Uda, Tampoi dan restoran serta hotel di Johor Bahru.

Sapawi berkata, bagi mengembangkan lagi perusahaan cendawan itu, pihaknya akan mengedar dan menanam cendawan itu ke Tanjung Pinang, Indonesia secara usaha sama dengan pihak berkuasa di sana.

Katanya, potensi pasaran cendawan di Tanjung Pinang adalah menggalakkan kerana belum ada mana-mana pihak di situ yang mengusahakan tanaman itu.

 

 




 

             

Copyright © 2006-2007 Miela-A.com