|
Sasaran capai lebihan eksport tani RM1.2b
Dari
Motel ke bangsal cendawan
Belia 4B Pulai
Usahakan Tanaman Cendawan
Gigih
Usaha Cendawan Meskipun tangan lumpuh
Kajian: Kesan sinar gama ke atas cendawan Pleurotus sajor-caju (Fr.) Singer.
Sanjana Sains UKM, 1987
Baka
baru cendawan tiram ditemui

Dari
Motel ke bangsal cendawan
Oleh
Syed Abdullah Syed Nordin
CENDAWAN
sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat
tersendiri namun ada antaranya menjadi kegemaran ramai
sebagai juadah harian seperti cendawan tiram kelabu.Cendawan
tiram kelabu sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan
dan permintaan tinggi di pasaran tempatan.
Menyedari
hakikat itu, Muhammad Badrul Amin Lee Abdullah, 42, menyahut
cabaran untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian
sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian
sebagai asas pembangunan negara.
Dengan
hasrat itu, Badrul Amin mencari peluang untuk mempelajari
ilmu mengenai cendawan berkenaan daripada seorang pensyarah
di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum mengusahakan
tanaman berkenaan.
Berkat
sokongan keluarganya, dia berubah arah daripada pengusaha
sebuah motel kepada seorang pengusaha tanaman cendawan tiram
kelabu di Motel Tanjung Gelang di Kuantan, Pahang.
Walaupun
pada mulanya, dia hanya diberi peluang membina bangsal yang
kecil di belakang kawasan motel milik keluarganya, dia tetap
tabah dan cekal untuk meneruskan hasratnya. Usaha gigih dan
semangat cekal itu akhirnya memberikan pulangan lumayan
kepadanya.
Badrul
Amin memulakan usahanya itu dengan modal berjumlah RM20,000
pada 2003 tanpa menghiraukan risiko kerugian jika
perusahaannya tidak berjaya.Ternyata
usahanya tidak sia-sia kerana ketika ini, dia sudah mampu
menanam 30,000 beg plastik cendawan tiram kelabu pada
satu-satu masa. Ia disusun secara rapi di atas rak kayu di
bangsalnya.
“Setiap
beg plastik yang digunakan untuk menanam cendawan perlu
dibubuh serbuk kayu getah yang sudah dicampur dengan dedak
serta kapur pertanian sebelum benih cendawan boleh
dimasukkan ke dalam beg plastik.“Semua
beg plastik yang sudah mempunyai benih itu kemudiannya
disusun dengan membaringkannya di atas rak. Selepas dua
bulan disemai, hasil tanaman pertama boleh dipetik dan
kira-kira dua minggu berikutnya, hasil daripada beg yang
sama juga boleh dipetik untuk kali kedua.
“Bagaimanapun,
sekiranya kaedah tanaman dan penjagaan betul, benih pertama
yang disemai di dalam beg plastik itu boleh dituai sebanyak
tujuh kali tetapi ia sangat bergantung pada kaedah tanaman
dan penjagaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di
bangsalnya dekat Motel Tanjung Gelang di Balok, Kuantan.
Menurutnya,
hasil setiap kali menuai setiap beg plastik itu mampu
mengeluarkan hasil kira-kira 500 gram cendawan tiram kelabu.
Selepas
hasil pertama cendawan tiram kelabu itu dikutip, semua akar
yang tertinggal di dalam beg plastik berkenaan perlu
dibersihkan dengan cara tertentu untuk membolehkannya
mengeluarkan kelopak cendawan yang baru.
Namun,
penutup yang digunakan untuk kali pertama perlu ditukar dan
ditutup semula untuk mengelakkan benih yang ada di dalamnya
tidak rosak atau diganggu jangkitan penyakit serta gangguan
lalat.
Selain itu, bangsal yang dibina perlu dipagar dengan jaring dawai
dan setiap barisan rak perlu dipasang tali tangsi yang
mempunyai mata pancing untuk mengelakkan gangguan tikus.
“Ketika ini, harga pasaran cendawan mencecah RM9 untuk
sekilogram.
Percubaan saya ni boleh dikatakan berjaya kerana permintaan
terhadapnya semakin tinggi walaupun di pasaran tempatan,”
katanya.
Sehingga
kini, semua cendawan yang diusahakannya hanya mampu
menampung pasaran tempatan sekitar Kuantan.
Katanya,
jumlah itu belum cukup untuk menampung keperluan membeli
kerana tidak ramai yang berminat untuk mengusahakan tanaman
cendawan terutama di Kuantan.
“Setakat ini, saya masih belum berpuas hati kerana tidak dapat
menembusi pasaran luar disebabkan kekurangan kawasan
pembiakan cendawan,” katanya.
Dia
berazam memperluaskan lagi bangsalnya dan berusaha mencari
kawasan lain untuk meningkatkan usahanya.
Dia berkata, benih cendawan itu boleh dibeli daripada pengusaha
cendawan tiram kelabu di Klang, Selangor dengan harga RM1.80
bagi setiap botol.
“Bagi
setiap botol benih cendawan, ia boleh ditanam ke dalam 25
beg plastik. Jika kita yakin dan bersungguh-sungguh untuk
melakukan sesuatu pekerjaan, ia pasti menghasilkan kejayaan.
“Sehingga kini, saya masih mengusahakan ladang cendawan tiram kelabu
dengan dibantu tiga pekerja dan mereka mengutip cendawan
tiga kali dalam sehari, iaitu pagi, tengah hari dan petang,”
katanya.

|