MIELA A.com



"Kepuasan Pelanggan Ke Tahap Maksima, KAMI Janjikan"

  PERKHIDMATAN MIELA -A

Perusahaan Cendawan

Perusahaan Taugeh

AKAN DATANG

> Sistem Fetigasi Tanaman
> Input Tanaman 
> Racun Perosak Pertanian
> Pemasaran
> Pembekalan Produk
    Pertanian
> Perkhidmatan Kosaltansi
    Pertanian
> Kursus Pemprosesan Hasil
    Pertanian

 

  

  Sertai 'Mailing List' MIELA-A

 
Masukan Maklumat Anda
 
Nama:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


  PERUSAHAAN TAUGEH

  Tanaman berpotensi 

Tauge merupakan sejenis sayur yang banyak digunakan dalam masakan sebagai sayur dan digemari ramai.

Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha kecil-kecilan tanaman tauge ini, antaranya :

  •  Ketidakseragaman waktu menyiram kerana tauge memerlukan purata kekerapan siraman 4 jam sekali selama 5 hari berterusan.

  • Isipadu air siraman yang tidak konsisten.

  • Kegagalan menyiram pada waktu malam.

  • Hasil yang tidak konsisten disebabkan siraman dan jumlah air yang tidak menentu.

Hasil tauge kurang berkualiti (tauge kurus, akar panjang atau pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak dapat disimpan lama).

 

PENANAMAN TAUGE

(SePTA)

PENANAMAN TAUGE

Satu sistem telah dicipta bagi memudahkan kerja-kerja penyiraman tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti tauge yang dihasilkan. Sistem baru ini dikenali sebagai Set Pengeluaran Tauge Automatik (SePTA). Secara ringkasnya, SePTA ialah satu sistem yang membekalkan air kepada anak pokok kacang (tauge) yang sedang membesar pada masa dan kuantiti yang ditetapkan sepanjang proses tumbesaran benih kacang. Sistem ini menggunakan pelaras masa (timer)  mengikut kaedah pengeluaran tauge yang lama tetapi dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti tauge dengan menggunakan peralatan yang mudah, murah dan senang diperolehi..

 

Semburan kabus dari ‘spray jet’ yang dikawal oleh pelaras masa

Sistem Pengairan

Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatik.

Peralatan yang diperlukan bagi sistem ini ialah P.E tubing,  injap kawalan dan muncung kabus serta punca air yang boleh diperolehi daripada paip air rumah. Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan.

Muncung yang digunakan ialah jenis ‘spray jet’ dan bersambung kepada ‘rigid riser’. Muncung jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siraman yang sekata, kadar alir yang tetap dan isipadu siraman yang rendah.

 

Pelaras Masa Galcon (Timer)

Merupakan alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik. Alat kawalan ini amat mudah digunakan. Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman.

Tong yang digunakan ialah tong plastic berwarna hitam 30 liter ( seperti tong sampah) dengan ketinggian 60 cm. Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur.  Bahagian bawah tong, 20 – 30 lubang untuk mengalirkan keluar air siraman. Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.

 

FAEDAH SISTEM SePTA

Pengurangan kos – penggunaan sistem ini dapat mengurangkan kos pengeluaran, kos penggunaan air dan kos kerja penyiraman. Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman.

 

Penjimatan masa – dapat dilihat dalam aspek penjimatan masa penyiraman air, membersihkan air daripada kulit benih (testa) dan penjimatan masa dalam satu pusingan pengeluaran. Dengan teknologi sistem SePTA ini, tauge dapat dikeluarkan dalam tempoh 4 hari purata berbanding 5 hari sebelumnya, iaitu penjimatan  masa selama 1 hari.

 

Peningkatan hasil kerja – berjaya meningkatan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg purata bagi setiap kilogram benih kacang. Pengusaha juga tidak perlu melakukan aktiviti penyiraman secara manual dan mampu membesarkan saiz pengeluaran tauge serta boleh mejalankan kegiatan ekonomi yang lain.

 

Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan – berjaya meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalam beberapa aspek, antaranya:

  1. Teknologi pengeluaran tauge yang mudah dan mesra pengguna.

  2. Pengeluaran tauge yang fleksible.

  3. Kapasiti pengeluaran dapat ditingkatkan.

  4. Tempoh pulangan modal yang singkat.

  5. Kualiti hasil yang tinggi.

 

(Sumber maklumat : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia)


             

Copyright © 2006-2007  Miela-A.com